Khamis, 29 Januari 2015

BERCAKAP BENAR

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Objektif Pelajaran : 

  1. Menyebut pengertian bercakap benar.
  2. Membaca dalil bercakap benar.
  3. Menyatakan kebaikan bercakap benar.
  4. Menyatakan keburukan bercakap benar.

Pengertian :

Bercakap benar ialah berkata-kata atau memberitahu kepada seseorang tentang sesuatu perkara dengan betul dan tidak mengandungi unsur penipuan. 

Fadhilat :

  • Mendapat pahala yang besar.
  • Disukai oleh Allah dan Rasulnya.
  • Diri sendiri akan mendapat kepercayaan orang lain.
  • Hubungan silaturrahim akan menjadi lebih erat.
  • Disukai oleh guru dan masyarakat.

Akibat :
  1. Dibenci oleh Allah dan Rasul.
  2. Merenggangkan hubungan silaturrahim.
  3. Tidak mendapat kepercayaan orang lain.
  4. Dibenci oleh ibu bapa dan guru.
  5. Mendapat balasan seksa.

Tiada ulasan: