Khamis, 29 Januari 2015

BERCAKAP BENAR

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Objektif Pelajaran : 

  1. Menyebut pengertian bercakap benar.
  2. Membaca dalil bercakap benar.
  3. Menyatakan kebaikan bercakap benar.
  4. Menyatakan keburukan bercakap benar.

Pengertian :

Bercakap benar ialah berkata-kata atau memberitahu kepada seseorang tentang sesuatu perkara dengan betul dan tidak mengandungi unsur penipuan. 

Fadhilat :

  • Mendapat pahala yang besar.
  • Disukai oleh Allah dan Rasulnya.
  • Diri sendiri akan mendapat kepercayaan orang lain.
  • Hubungan silaturrahim akan menjadi lebih erat.
  • Disukai oleh guru dan masyarakat.

Akibat :
  1. Dibenci oleh Allah dan Rasul.
  2. Merenggangkan hubungan silaturrahim.
  3. Tidak mendapat kepercayaan orang lain.
  4. Dibenci oleh ibu bapa dan guru.
  5. Mendapat balasan seksa.

Rabu, 28 Januari 2015

Adab Ketika Menziarahi Orang Sakit

السلام عليكم.....



Islam sangat mengambil berat mengenai kepentingan mengeratkan hubungan tali persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim adalah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.

Adab Ketika Menziarahi Orang Sakit





1) Mendoakan mereka cepat sembuh


2) Melontarkan kata-kata yang baik


3) Memendikkan masa waktu menziarah


4) Melontarkan kata - kata nasihat agar cepat sembuh


5) Memakai pakaian yang sopan


6) Membawa buah tangan

 Doa Menziarahi Orang Sakit



Fadhilat Beradab Ketika Menziarahi Orang Sakit

  1. Disukai oleh Rasul dan Allah
  2. Mendapat ganjaran pahala
  3. Dapat mendoakan kesihatan orang lain
  4. Dimurahkan rezeki oleh Allah
  5. Mengeratkan hubungan silaturahim
  6. Orang yang sakit akan gembira
  7. Memberikan semangat kepada orang sakit
Akibat Tidak Beradab Ketika Menziarahi Orang Sakit
  1. Dibenci oleh Allah dan Rasul
  2. Tidak mendapat rahmat dari Allah
  3. Dibenci oleh Masyarakat
  4. Dibenci oleh ahli keluarga